Klik!!!

Saturday, November 20, 2010

Mari Berbahasa Melayu




Syarat-Syarat:
1. Semua soalan dijawab dengan Bahasa MELAYU SAHAJA!
2. Tag orang yang anda mahu tag.
3. Letak gambar "Mari berbahasa Melayu" jika perlu.

SOALAN: Apakah yang anda lakukan 30 minit yang lalu?

Makan di dapur bersama nenek.

SOALAN: 2 jam yang lalu?
Menggoreng ayamas perisa panas dan pedas dan menjerang air

Anda suka...

Melayari laman sesawang, mengemaskini mukabuku, mendengar muzik dan memasak

Minggu ini...

Minggu ini banyak aktiviti yang saya lakukan, antaranya pergi ke pasar borong membeli barang basah, pada minggu ini juga kami sekeluarga menyambut hari raya haji di rumah sahaja dan keesokkan harinya kami sekeluarga bertolak ke rumah saudara di Bangi selama 3 hari 2 malam.

SOALAN: Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang kali.

1.Rapuh oleh Opick.
2.Hanya cara anda oleh Bruno Mars
3.Dj membuat kami jatuh cinta lagi oleh Usher berduet bersama Pitbull

SOALAN: 3 binatang yang anda tak suka.

1. Kucing ( pelik tak?)
2. Nyamuk
3. Semut

SOALAN: 5 fakta tentang anda.

1. Suka senyum
2. Membenci perokok dan alah kepada asap rokok.
3. Menggunakan nama Ainipin bersama rakan-rakan.
4. Apabila ada masa lapang, suka pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan gian.
5. Sangat rapat dengan adik yang paling bongsu .

Tahun depan mungkin...

Saya akan menjalani praktikal selama 6 bulan di syarikat audit dan menyambung pengajian yang tinggal lagi satu semester .

Saya tak reti...

Rasanya saya x reti masak lemak cili padi lagi.

SOALAN: Lima laman yang selalu anda layari.

1. Muka Buku
2. Oh bulan!
3. Google
4. Beautiful nara
5. Tempat Blog

2 comments:

Adam Idris said...

"Dj membuat kita jatuh cinta lagi?"
dengar macam lagu jiwang tahun 70-an sedangkan lagu R&B daa.... hahahaha

ainipin said...

terbaek ?
hahaha....lagu ini juga disukai oleh akmal aiman...tp dia nyanyi versi dia la( haha...ckp BM ni)