Klik!!!

Monday, January 21, 2013

KHASIAT BUAH-BUAHAN



Alamak! skema nye tajuk...hik3..Assalamualaikum semua...saje je nk share pasal khasiat buah-buahan ni. Sbb nk share? TAKDE SEBAB PON....SAJE SUKE-SUKE...:D


 Korg suke makan buah ape? macam aku, aslkan buah tu tak pahit, tak masin(ade ke buah yg masin?) dan tak masam sangattttttttt...aku still bole telan...kalau manis2 tu ofkos la sukeeeewww...



Alkisahnye bile da kena ciken pox ni....rajin la plak ak mengugel utk mencari info2 berguna untuk menghilangkan parut2 n bekas ciken pox ni..actually, ak mmg da consume makan vitamin E dan C (sila rujuk entry ini), saje nk cri buah-buahan yg ade vitamin E ni..


Tp yg ak share ni merangkumi semua vitamin...ekekeke...kirenye bagus la buah ni kalau makan ari2. Tapi ade jgk buah yg bole memudaratkan kt kalau kita makan, contohnye, BELIMBING...sbb ape, kalau org yg ade sakit buah pinggang kronik, jgn ler mkn belimbing, masuk spital la jawabnye. Kandungan belimbing tu mmg x sesuai utk org yg sakit buah pinggang.


Info ni aku jmpe kt berita harian. Jom kita baca :D


Anggur/kismis
grapes
Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.


Oren
citrus-oranges
Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.


Epal
apples22
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.


Pear
pear1
Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.


Pisang kaki
persimmon
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.


Mangga
mangga

Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.


Kiwi
kiwi
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.


Pisang
banana
Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.

sumber: Berita Harian




 Ok, dalam banyak2 buah kt atas ni...pisang kaki je aku tak penah rase.. mcm mne eh rse dia? mcm pisang biase ke?



Pastu ak bkn penggemar durian...lgpon durian ni pon rse mcm byk mudarat dr kebaikan...ekekeke...jgn mrh peminat durian di luar sana ;p







No comments: