Klik!!!

Sunday, February 24, 2013

THREADING....



Assalam semua =)


Ari tu jln2 kt selayang mall, ternampak salun yg buat threading bulu kening, bulu muka pon bole, bulu kaki je tak..hik3...tros ak jd excited nk try...tp x try pon...ttbe terlpe nk msuk salun tu..


Then arini tergerak ati nak google pasal threading ni...almaklum la...x pnh amek taw pon. Ble da google, then bce blog org lain yg pnh wat threading ni, bru taw yg thread ni pakai benang khas untuk mencabut bulu2 yg x dikehendaki. Possibility bulu yg dicabut untuk tumbuh agak lambat compared kalau kita shave. 


So, ak google2 lg, ternampak la post pasal hukum buat threading ni...


Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadith yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah RA mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah RA menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”

Hadith kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”



 Mengenai hadith pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.


Mengenai hadith kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.


Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.


Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.


Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.


Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadith kedua.


Kiranya yg aku paham, boleh la nk pakai makeup untuk tutup cela2 kt muka ni asalkan x mencabut bulu kening. Tapi Islam ni agama yang mudah...x aci la kan kalau wanita yg jenis bulu lebat, or banyak bulu...lg2 kalau dah menyerupai lelaki. Sbb nye kita ade pengecualian.


Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.


Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
  


Yg part menghilangkan bintik hitam tu ak suke...hik3...kalau duit banyak...mmg rajin ak ke spa...sbb nk buang blackhead...rimas woo...dah la aku banyak blackhead. Kompem time nk buang tu meleleh2 air mata...sakit yg amat.


Jadi kawan2....x perlu risau k..kalau keadaan mmg perlu buang bulu2 tu...boleh la buat. Tp msti sakit kn...

So ape pendapat korang pasal threading ni? Any ideas?

Artikel dari :  Professor Madya Dr Anisah Abdul Ghani



1 comment:

Nurfarhana Chek Saat said...

Hai, entri lama yang fana bukak kan? Sebabnya, hari ni fana ada pegi buat threading. Lepastu saja google pasal ni. Fana buat pun sebab kening fana berserabut, sakit tu memang sakit sgt. Nak meleleh air mata. Tapi, aunty tu cakap nanti ambik ais letak kat muka. Bagi sejuk sikit.